Saturday, January 4, 2014

Pilihan.

Laman sosial.
Messenger.
Semua kita ada.
Selagi boleh. Nak ada semua akaun.

Suatu malam.
Kuterjah. Kulihat.
Sesuatu.
Sesuatu yang tidak sepatutnya aku tahu
Kau masih berharap.
Bukan pada aku.
Tapi.
Pada dia.

Harapanku selama ini.
Musnah.
Selepas segala yang kau buat pada aku.
Aku maafkan.
Aku lupakan.
Aku anggap tiada apa yang terjadi.
Kerana.
Aku benci.
Bukan pada kau. Tapi.
Perbuatan kau.
Dalam masa yang sama.
Aku sayang.

Tapi.
Mungkin dia terbaik bagi kau.
Aku. Tidak.

Dia.
Baik. Sopan. Ayu. Cantik. 
Aku.
Jahat. Kasar. Hodoh.
Kami beza.

Terbukti.
Mungkin kau pilih dia.

Salah.

Sayang.
Bila aku sudah bersama dengan kau.
Kuluahkan semua pada kau.
Kuceritakan semua pada kau.
Kau.
Tempat kubercerita.
Tentang perasaan.
Tentang keluarga.
Tentang pelajaran.

Kufikir.
Kau buat benda yang sama.
Hanya pada diriku.
Itu apa yang aku harapkan.
Kerana.
Aku anggap kau.
Teman istimewa.

Satu hari.
Kau beri kata putus.
Untuk meleraikan segalanya.
Tapi.
Dengan cara baik. Hanya pada masa itu.

Sejak itu.
Hubungan aku dengan kawan aku makin rapat.
Aku beritahu apa yang terjadi.
Namun.
Derita yang kuterima.
Pedih. Sakit. Robek. Hancur.

Apa yang aku harapkan. Cuma harapan.
Baru kusedar.
Aku bukan. Teman istimewa. Bagimu.

Mungkin aku yang bersalah.
Aku takpandai nak hiburkan kau.
Aku takpandai nak ceriakan kau.
Aku takpandai nak gembirakan kau.
Mungkin sebab itu.
Kau bosan.

Bosan.
Kau bergembira dengan orang lain.
Walaupun ketika itu.
Aku menunggu kau.
Walaupun ketika itu.
Aku sayang pada kau.
Walaupun ketika itu.
Aku punya perasaan pada kau.
Salah aku.

Cebisan.

Dulu.
Kau aku. Cuma kawan.
Yang hanya sekadar kenal nama.
Kau takkenal perangai aku.
Aku takkenal perangai kau.

Tapi.
Satu hari. Kau datang kepadaku.
Kuterima.
Atas dasar kesian. Pada mulanya.
Atas rasa sayang. Lama kelamaan.
Kusedar. Aku mengaku.
Telah wujud satu perasaan.
Perasaan yang aneh.
Perasaan yang sukar diungkap dengan kata.

Aku terlalu fikirkan engkau.
Biar beribu kali. Berjuta kali.
Aku ingatkan pada diri ini
Tolong, jangan fikirkan dia.

Tapi.
Kenapa? Kenapa?
Kenapa kau masih di fikiranku?
Kenapa payah sangat untuk aku melupakan kau?

Tahun berganti tahun.
Orang baru muncul dalam hidupmu.
Aku. Hanya orang lama.
Dalam diam.
Kau menaruh hati padanya.
Aku. Hanya orang bodoh.
Takmengerti.

Aku. Ditinggalkan.

Luahan.

Hati.
Apa yang kita rasa. Apa yang kita inginkan.
Semua ingin kita luahkan. Semua ingin kita keluarkan.

Tapi.
Taksemua yang ingin mendengar. Taksemua yang ingin ambil tahu.
Kecuali.
Allah. Dia yang Maha Mendengar.

Namun.
Diri ini tetap masih ingin meluahkannya. Kepada semua.
Biarlah.
Biarlah semua takmahu mendengar. Biar semua mengabaikannya.
Aku mahu luahkannya di sini.
Untuk puaskan hati. Hanya aku.

Dan. Dia, ya Allah.